Kaedah pemasangan :-


( semudah memasang ( install ) game ke dalam komputer anda )

Terima kasih kerana kesudian pihak tuan membeli serta menggunakan perisian tersebut .

Semasa penerimaan , anda telah dibekalkan samada :-


2 keping CD di dalam bentuk CD


atau


1 keping DVD di dalam bentuk DVD


Media( CD atau DVD ) serta nombor yang di catat tersebut perlu disimpan .



Pek tersebut mengandungi satu set kata lulus ( password ) yang perlu ditaipkan semasa pemasangan . Sila simpan nombor tersebut . Ianya penting untuk tujuan pemasangan jika berlaku sesuatu kepada sistem komputer anda , misalnya komputer tersebut perlu di format semula .

Apabila CD No 1 atau DVD di masukkan ke dalam pemacu cakera , akan terpapar di skrin untuk memulakan SETUP.

** Nota .. ada sesetengah komputer , ia akan ' auto detect ' dan mengaktifkan setup .. dan ada sesetengah sistem , proses ini perlu di mulakan dengan memilih My Computer , pilih setup di dalam kalangan fail fail yang terdapat di dalam pemacu cakera yang di bekalkan ** 


Tertakluk kepada sistem pengoperasian ( operating system ) yang terdapat pada komputer anda,..

atau juga terdapat situasi dimana anda akan memulakannya dengan ' klik ' my computer dan 'klik' di pemacu cakera ..

.. anda akan di tanya nombor , sila taipkan nombor - nombor tersebut ke dalam petak berkenaan .

Seterusnya , semasa pemasangannya sila jawap soalan yang di ajukan seperti berikut :-

>> Pilih CUSTOM Installation - ini bertujuan supaya sistem ini tidak menganggu fail dan dokumen lain yang berada di dalam sistem komputer anda 


 >> Uncheck semua dan kekalkan Microsoft Access


Ini adalah untuk tidak menganggu fail serta dokumen yang lain yang di buat oleh MS Words atau MS Excel




 Apabila selesai , Pilih FINISH






Jika anda di bekalkan 2 keping CD , keluarkan CD Nombor 1 dan masukkan CD Nombor 2 ke dalam pemacu ..






>> Buka melalui My Computer , salin ( copy ) dan letkkan ( paste ) icon .

anda boleh guna CTRL C dan CTRL V ..

Jika anda di bekalkan 1 keping DVD , sila browse dan ikut cara yang sama , point , click , copy , paste 




Semua proses di atas memakan masa selama 6 minit , bergantung kepada kelajuan sistem komputer anda .

susunatur@gmail.com